Wednesday, February 24, 2010

CERITERA HALIM




Cuaca sekitar nampak redup sekali. Awan di langit pula berarak kelabu, semacam hujan lebat bakal turun.
Di sisi-sisi jalan, tidak banyak lembu-lembu bebas meragut seperti kebiasaan di kampung-kampung. Kawanan burung yang biasa mencari bijian dan buahan di pagi hari entah kenapa tak nampak ligat melewar. Pohon-pohon kelapa yang banyak melata pun melambai-lambai tidak bermaya.

Tidak seperti lazimnya, kedai-kedai makan yang sering dikunjungi orang untuk sepinggan nasi lemak dan secawan kopi ‘o’ di waktu pagi pula masih banyak tertutup.

Semuanya bagai menzahirkan suasana campah serta suram di pagi Sabtu itu. Alam ini umpama pudar warna, hilang semangatnya.
Di ketika itu, Halim sedang meluncur laju dalam sebuah motokar besar menuju ke suatu destinasi. Ingin sampai cepat-cepat lagaknya.

‘Simpang ke Kampung Haji Dorani’.

Lampu isyarat untuk membelok dihidupkan, pedal brek kaki ditekan hampir rapat, lalu stering kereta diputar ke kiri, sebaik melepasi papan tanda tersebut. Sebatang jalan lurus yang mengufuk jauh ke depan terus diselusuri kereta BMW 325 Sports biru milik Halim.

Perasaan bercampur baur tiba-tiba membungkam naluri. Haru, kecewa, sedih dan geram bergolakan di jiwa sebaik mata menangkap panorama sawah padi yang lebar terbentang. Luasnya merentasi berekar-ekar tanah di kanan dan kiri laluan. Minda pula sarat bergemulang sejarah silam.

Di tanah itu, pernah ibu dan arwah ayah Halim mengambil upah mencedung dan mengetam padi dengan sekelumit bayaran lantaran menyara hidup mereka enam sekeluarga. Di situ dia mengerah keringat untuk membantu ibunya saban hari sesudah pulang dari sekolah.
Dengan hasil itu jugalah, ibunya berhempas-pulas membesarkan mereka adik-beradik selepas ayah pergi buat selamanya. Bagi memperoleh pendapatan yang lebih, kerap sangat dia menimba ikan di kawasan sawah pada musim kemarau. Hasil jualan ikan-ikan itu dapat juga menampung yuran persekolahan dan perbelanjaan hariannya.

Pedih keperitan hidup itu dirasakan bagai luka baru semalam. Masih terbayang, rutinnya menyidai helaian surat khabar lama pembungkus lauk dan sayuran, lalu sesudah kering dikepil menjadi koleksi bahan bacaan. Bagi Halim, tak cukup perkataan nak menggambarkan betapa daifnya kehidupan zaman remaja dulu. Kejian serta cacian tetangga dan rakan sebaya ibarat halwa telinga saban hari.

Seperti tayangan gambar di layar perak, satu persatu kanvas kehidupannya yang tepu ranjau dan duri memancar di paparan ingatan. Enggan walaupun sesaat dia menjemput detik-detik itu kembali melakar hidupnya. Sedang hakikat, dugaan dan seksaan itulah yang menjadi guru motivasi serta pembakar semangat Halim, namun sekarang tetap cemuh dia bercerita tentangnya.


Kini tiada siapa lagi yang belum kenal Halim di bandar itu. Sebutlah saja nama Doktor Abdul Halim, harus semua tahu dialah pemilik Klinik Mesra yang popular itu. Hidupnya amat senang sekarang. Segala yang dihajati pasti mampu dimiliki.

Syahdunya berpijak di kampung kelahiran pantas juga mengisi petak jiwa. Matanya melihat saujana dan tubuhnya merasa suasana, lanjar terlupa sekejap akan galangan yang pernah dialami. Terpesona diri seketika. Alam sekitar yang sudah lama tidak dirasakan itu sungguh menguja. Halim tidak berupaya lagi menahan diri untuk menikmati keindahan dan kesegaran itu semahu-mahunya.

Dimatikan saja penyaman udara kereta dan tingkap dibuka selesa. Dibiarkan bayu desa yang ditinggalkan selama ini terus membaluti jiwa dan jasadnya. Ingin sekali hawa kampung yang pernah menghangatkan kulitnya dulu, dirasai semula.
Dikecapi habis-habis setiap atom oksigen yang menyorot cabangan bronchus hingga ke pelosok alveoli. Diperinci jelas-jelas setiap bait irama alam yang menghentam ke gegendang telinga.

Namun dalam saat-saat itu, hati tetap belum rasa mencukupi. Sudah berada di kampung halaman namun jiwanya masih terasa kekurangan. Nekadnya rumah ibulah yang mesti menjadi destinasi penghabisan untuk mendamaikan hati dan perasaan.


“Along, baliklah jenguk rumah kita di kampung ini. Sudah tiga tahun Along tak pulang. Mak sekarang tak sihat, asyik sakit-sakit saja. Mak pun selalu menyebut nama Along siang dan malam. Mak ada simpan beras baru untuk Along. Sudah rindu sangat kami nak berjumpa Along. Baliklah,” rintihan Harlina terdengar di hujung corong telefon.
“Adik, bukan Along tak mahu balik. Cuma kerja di sini memang terlalu banyak, tak sempat nak pulang ke kampung. Nanti kalau ada kesempatan, Along akan pulang juga. Wang belanja mak dan adik untuk bulan ini Along dah masukkan dalam akaun. Ubat untuk mak, Along dah kirimkan,” terang Halim mengakhiri perbualan.


Masih terngiang-ngiang di telinga, suara percakapannya melalui telefon bulan lepas dengan adik bongsu. Itu bukan kali pertama Harlina menghubungi menjemput doktor muda itu balik kampung. Malah sejak kesihatan ibu mereka semakin merosot kebelakangan ini, bertambah kerap dia berusaha memujuk abangnya.

Berat nian bagi Halim untuk pulang ke kampung sejak berkhidmat di bandar. Apatah lagi setelah mengendalikan klinik sendiri tiga tahun lalu. Kemiskinan, kedaifan dan kesusahan dahulu memang telah banyak mengubah pandangannya terhadap kehidupan di kampung. Halim percaya, berada di kampung itu, tidak menjanjikan apa-apa keselesaan dan kemewahan, yang ada hanyalah kesempitan dan kepahitan yang berpanjangan. Rasa benci dan meluat yang belum pernah padam terhadap kampung sendiri telah mengikat Halim untuk tidak pulang menjenguk orang tuanya.

Khabar daripada Harlina mengenai keuzuran ibu mereka, mampu juga merobek tembok ego si Halim. Perasaan rindu kepada ibunya pula semakin menggunung dan apabila sudah tak berdaya menanggung, Halim akur untuk pulang akhirnya. Saat menatap wajah ibu dan mencium tangan memohon ampun maaf daripadanya sahaja, yang amat diidam-idamkan Halim.

Suasana mendung dan pemandangan hambar terus menyelubungi kepulangan Halim pagi itu. Tiada sedikitpun tanda-tanda yang menunjukkan hari akan kembali bersinar. Sudah banyak deretan rumah yang disusuri, namun penduduk-penduduk kampung masih lagi tidak banyak kelihatan. Naik hairan diri Halim.

“Kenapa suram dan muram sangat kampung ini?,” dia terus berteka-teki. Rumah ibunya hanya lima ratus meter lagi ke hadapan dan dia mula memperlahankan pacuannya sambil memerhati keadaan sekeliling.


Sedang memandu perlahan-lahan, sebuah motosikal merah memotong keretanya dari belakang. Cam sangat Halim dengan orang yang tengah menunggang motosikal itu walaupun sudah lama tak bersua. Dia menunggang agak laju, tetapi Halim sempat juga mengamatinya.


“Ni Pak Seman dan anak dia ni. Lajunya bawa motor!,” cakap Halim seorang diri.
“Apa yang dalam raga motosikalnya itu? Apa pula yang anak dia sedang pegang tu? Ke mana agaknya mereka nak pergi cepat-cepat ni?,” persoalan bermain-main di fikiran.


Halim asyik berkira-kira sendirian sambil terjahan angin yang memuput melalui tingkap kereta terus menggesel wajah. Dia menduga apa yang dibawa oleh Pak Seman dua beranak tadi. Lantas terlintas di benak suatu kemungkinan dahsyat yang tidak rela diterimanya saat itu.

Tiada kelibat orang kampung berkeliaran, cuaca redup serta awan gelap yang memayungi sejak pagi tadi pula seolah-olah sedang bersuara kepada Halim. Bagai ingin mengirim kepada Halim satu alamat yang mengiyakan sangkaan tersebut.

“Oh tidak!!,” Halim cuba menempias syak sebegitu jauh-jauh. Namun dia tak mampu menipu hatinya. Biarpun akal tetap menyangkal, hatinya terus dilanda keluh-kesah. Selagi dia belum menemui ibu tercinta, selagi itulah hatinya rimas dan jantungnya berdebar.

Tayar kereta Halim masih lagi berkisar perlahan. Kian hampir Halim dengan rumah ibunya, kian berat dadanya bak bertambah besar batu yang digalas di bahu.

Hatinya tersentak maha hebat! Tak semena-mena kehibaan dan kepiluan yang mendalam datang mencengkam perasaan. Diperhatikan banyak sekali kereta dan motosikal di perkarangan rumah ibunya. Orang-orang kampung memenuhi di dalam rumah dan juga di halaman.

Sangkaan Halim tadi kini hampir menjadi kebetulan. Dia terkesima. Kereta besarnya terus dihentikan serta-merta. Lantas bayangan helaian kain putih yang ada di dalam raga motosikal Pak Seman tadi melintas di ingatan. Bau daun pokok bidara yang digenggam anak Pak Seman tadi seakan-akan terhidu olehnya. Halim benar-benar dalam kecelaruan.

Rasa bersalah dan berdosa terhadap ibu dan juga adik di kampung terus memamah diri. Tanpa disedari air mata berlinangan membasahi pipi.

“Ya Tuhan!,”
“Adakah aku sudah terlambat untuk memohon ampun daripada ibuku?,”
“Akukah tanggang? Ya Tuhanku!,” jerit batinnya.


Sebak di dada tak mampu lagi ditahan, tangisan setitis dua juga tidak lagi memadai. Dalam keretanya yang terhenti di situ, Halim terus menjerit sekuat-kuatnya bersama tangisan terburai sakan. Lemah longlai seluruh badan Halim dan terketar-ketar jari-jemarinya menekup wajah.

Terlampau besar sesal Halim atas kedegilan serta keangkuhannya selama ini. Kini apa yang didamba-dambakan Halim untuk mencium tangan meminta ampun restu si ibu hanya tinggal harapan semata. Kepulangan yang diharap memancar bahagia rupa-rupanya bertukar sia-sia. Halim benar-benar dirempuh hampa!


“Tuk! Tuk! Tuk!,” bunyi pintu kereta Halim dikatuk orang.
“Halim, kenapa melolong menangis ni nak?,” terdengar oleh Halim suara lembut yang biasa didengarnya dulu.
“Maaaak!!!!! Ampunkan Halim maaak!,” Halim menjerit selantang halilintar yang menggema angkasa sebaik menoleh ke arah datangnya suara tadi.

Lantas pintu keretanya dikuak kuat dan tubuh tua yang berdiri lemah disangga Harlina itu terus didapatkannya. Dirangkul erat-erat ibunya seakan tak mahu berpisah lagi. Suara hiba beserta teriak tangis dua beranak itu kini tiada siapa yang mampu menandingi.

Tidak henti-henti perkataan mohon ampun keluar daripada mulut Halim. Dia sebulat-bulatnya insaf dan bertaubat atas sikap dan kelakuan buruk sekian lama terhadap si ibu. Berjanjilah Halim kepada perempuan itu bahawa dia akan selalu menjenguknya di kampung.

Langsung dalam keheningan tersebut, Halim tak bisa lagi berkata apa-apa yang lebih bermakna selain kata syukur ke hadrat Ilahi atas peluang yang masih diberi untuk menatap wajah, menabur bakti dan menagih kasih sayang insan berjasa lagi mulia itu. “Ya ALLAH! Sungguh Engkau Maha Pemurah lagi Maha Penyayang!!,” bisik Halim dalam sendu.

********************************************************************

“Pak Haji! Ini barang-barang yang Haji minta semalam. Semuanya dah lengkap untuk kursus pengurusan jenazah petang nanti,” bicara Pak Seman sebaik tiba di rumah Tuan Imam Kampung Haji Dorani.

“Terima kasih banyak. Letakkan saja atas para tu. Pak Seman, marilah kita sama-sama ke rumah Mak Andak Khalthum pula. Pagi ini ada kenduri besar kat sana. Katanya untuk kesyukuran,” ajak Haji Salleh sambil membetulkan ikatan serban lanjar berlungguh di atas pelana motosikalnya.

Monday, February 8, 2010

DAHSYATNYA! WALAUPUN TERPAKSA MERANGKAK???



‘Hurm.. Kenapalah tiba-tiba banyak pula barang yang nak kena kemas ni?Hari tu masa awal-awal masuk Vista ni, rasa tak adalah banyak macam ni sekali’, rintih saya.‘Aduh! Ini setelah dikira, dah lebih sepuluh kotak semuanya yang nak kena muat bas, balik Kelantan! Yang belum dibungkus masuk kotak pun ada lagi!’Itu gambaran semasa saya tengah kemas-kemas barang setelah tamat belajar di IMU, Bukit Jalil akhir tahun lepas. Hampir dua hari juga diperlukan untuk selesaikan semuanya!Masa itu, dek terasa bosan asyik mengemas dan pack barang, saya ambil masa seketika, duduk berehat. Di atas katil tak bertuan di luar bilik tidur, di situlah tempat saya mendarat.Tiba-tiba..Di suatu sudut, saya ternampak sesuatu.. Dalam sebuah basket biru yang berisi kain baju, milik teman baikku.. Dia tak ada kat rumah waktu tu.“Keajaiban Solat Subuh”Haah itulah judul buku berkenaan yang berjaya mencuri perhatian! Menarik tajuknya. Sangat sesuailah dengan saya; saya pun sedang cuba mengasuh diri agar sentiasa bersemangat bangun awal-awal pagi setiap hari! =).‘Ini tentu Kamal yang beli. Tak apalah pinjam kejap je, nak baca’, kata saya lalu mencapai buku itu, masuk bilik, duduk atas kerusi, dan terus membelek…Intro posting kali ini nampak saja macam gempak! Siap bermonolog lagi! Tetapi bukan niat hati nak terus mengarang kata-kata, menulis sebuah cerita. Yang sebenarnya, hajat saya ingin berkongsi perkara yang sangat bernilai, yang terdapat dalam buku tersebut. Jom baca lagi!! =)Hari itu, saya rasa tak puas hati sebab tak sempat nak habiskan baca buku berkenaan sampai muka surat terakhir. Jadi belilah ia akan saya di sebuah kedai di Tanah Merah. Baru dua minggu lalu.. Hehe.. Walaupun hiasan cover berbeza, kandungan di dalam tetap serupa..Antara bab-bab awal buku terjemahan tulisan Dr. Raghib Al-Sirjani ini, ada disentuh tentang hikmah diperintahkan solat Subuh di waktu masih ramai manusia yang sedang begitu nyenyak tidurnya. Di kala udara pun masih dingin sekali, bagai bisa menusuk sampai ke sum-sum. Tambah-tambah di luar sana, hujan sedang renyai-renyai membasahi bumi. Sesiapapun tak mahu berpisah daripada bantal dan tilam…Ya memang rasanya agak mustahil untuk dilaksanakan. Memang kalau ikut perasaan, elok saja ditarik semula selimut, ditutup lampu kembali, biar diri terus dibuai mimpi. Tetapi itu adalah kelakuan mereka yang tidak mampu mengawal diri, tiada ‘self-control’ dan juga tidak yakin dengan balasan serta ganjaran ALLAH SWT nanti.Sesungguhnya, diri akan terasa kosong dan tidak berguna sekiranya kita tidak melalui fasa-fasa yang sukar dalam hidup ini. Fasa-fasa yang susah tersebut dinamakan ujian.Hidup manusia yang tidak teruji adalah ibarat badan yang tidak ada ‘active immunity’.Bayi-bayi yang baru lahir, tubuh mereka masih belum ‘teruji’ dengan serangan pelbagai jenis virus dan bakteria yang mendatangkan penyakit. Jadi mereka perlu dibius dengan vaksin, iaitu virus ataupun bakteria yang sudah dilemahkan. Dengan suntikan vaksin, tubuh bayi akan bertindak balas dengan menghasilkan antibodi. Antibodi yang terhasil inilah yang kemudiannya akan melawan virus ataupun bakteria yang mampu mendatangkan penyakit pada tubuh pada bila-bila masa.Seperti vaksin, ujian dalam hidup juga penting dalam membina kekuatan diri, supaya apabila ditimpa ujian lagi, kita tak akan terus kecundang. Orang yang hidupnya tidak diuji sudah pasti akan lemah dan mungkin tersungkur apabila berhadapan dengan ujian.Orang yang tiada kekuatan diri juga akan begitu senang dijangkiti pelbagai ‘penyakit’. Penyakit hati, penyakit iman dan pelbagai jenis lagi, yang natijahnya, manusia itu tidak akan aman, tenang dan tenteram sebagai layaknya hidup seorang muslim yang teguh beriman. Oleh yang demikian, kesukaran dan keberatan untuk bangkit daripada tidur yang amat menyenangkan di pagi hari adalah suatu bentuk ujian!Sudah menjadi lumrah ujian mestilah susah dan memeritkan! Tidak dinamakan ujian jika ia mudah dan boleh ditempuhi tanpa bersusah. Umpama untuk menggenggam segulung ijazah. Berapa banyak peperiksaan dan ujian yang terpaksa dilalui sebelum bergelar graduan?? Namun di sebalik segala kesusahan serta keperitan, sesuatu ujian itu bukanlah sesuatu yang mustahil untuk dilaksanakan. Sekiranya sesuatu ujian itu mustahil, maka pasti tiada seorangpun yang mampu mengatasi.Apabila sudah difahami hakikat yang setiap ujian itu menyusahkan dan setiap ujian itu pula tidak mustahil untuk dilaksanakan, kita langsung sedar akan hikmah ALLAH merasakan hamba-hambaNya dengan segala bentuk ujian! Ianya tidak lain dan tidak bukan, supaya yang beriman terpisah daripada kelompok yang tidak beriman dan yang betul-betul beriman boleh dikenal pasti dan dibezakan di kalangan orang-orang yang lemah imannya.Justeru solat di awal pagi setiap hari, kira-kira sebaik sahaja kelihatan cahaya fajar menerjah alam dari ufuk Timur, juga sebahagian daripada ujian yang memeritkan sebagai cara menguji sejauh mana tahap keimanan seseorang! Hanya individu yang teguh imannya, gah keyakinannya kepada janji-janji ALLAH taala, akan terasa kuncup hatinya lantas bangun menyucikan diri demi kewajipan sujud ke hadrat Ilahi di waktu embun pagi masih lagi membelai bumi…Sebuah hadis riwayat Imam Ahmad, al-Nasa’i dan al-Darimi sebagai renungan kita bersama. Daripada Ubay bin Ka’ab r.a., beliau pernah berkata maksudnya:-“Pada suatu ketika Rasulullah SAW mengerjakan solat Subuh lalu baginda bertanya, “Apakah kamu menyaksikan si fulan mengerjakan solat?”. Mereka menjawab, “Tidak”. Baginda berkata lagi, “Si fulan?”. Mereka menjawab, “Tidak”. Baginda pun bersabda, “Sesungguhnya dua solat ini (Subuh dan Isyak) adalah solat yang amat memberatkan orang munafik. Sekiranya mereka mengetahui apa yang ada dalam solat Subuh dan Isyak, tentu mereka akan mendatanginya, sekalipun datang dengan merangkak.”Wallahualam. =‘Hurm.. Kenapalah tiba-tiba banyak pula barang yang nak kena kemas ni?Hari tu masa awal-awal masuk Vista ni, rasa tak adalah banyak macam ni sekali’, rintih saya.‘Aduh! Ini setelah dikira, dah lebih sepuluh kotak semuanya yang nak kena muat bas, balik Kelantan! Yang belum dibungkus masuk kotak pun ada lagi!’Itu gambaran semasa saya tengah kemas-kemas barang setelah tamat belajar di IMU, Bukit Jalil akhir tahun lepas. Hampir dua hari juga diperlukan untuk selesaikan semuanya!Masa itu, dek terasa bosan asyik mengemas dan pack barang, saya ambil masa seketika, duduk berehat.Di atas katil tak bertuan di luar bilik tidur, di situlah tempat saya mendarat.Tiba-tiba..Di suatu sudut, saya ternampak sesuatu.. Dalam sebuah basket biru yang berisi kain baju, milik teman baikku.. Dia tak ada kat rumah waktu tu.“Keajaiban Solat Subuh”Haah itulah judul buku berkenaan yang berjaya mencuri perhatian! Menarik tajuknya. Sangat sesuailah dengan saya; saya pun sedang cuba mengasuh diri agar sentiasa bersemangat bangun awal-awal pagi setiap hari! =).‘Ini tentu Kamal yang beli. Tak apalah pinjam kejap je, nak baca’, kata saya lalu mencapai buku itu, masuk bilik, duduk atas kerusi, dan terus membelek…Intro posting kali ini nampak saja macam gempak! Siap bermonolog lagi! Tetapi bukan niat hati nak terus mengarang kata-kata, menulis sebuah cerita. Yang sebenarnya, hajat saya ingin berkongsi perkara yang sangat bernilai, yang terdapat dalam buku tersebut. Jom baca lagi!! =)Hari itu, saya rasa tak puas hati sebab tak sempat nak habiskan baca buku berkenaan sampai muka surat terakhir. Jadi belilah ia akan saya di sebuah kedai di Tanah Merah. Baru dua minggu lalu.. Hehe.. Walaupun hiasan cover berbeza, kandungan di dalam tetap serupa..Antara bab-bab awal buku terjemahan tulisan Dr. Raghib Al-Sirjani ini, ada disentuh tentang hikmah diperintahkan solat Subuh di waktu masih ramai manusia yang sedang begitu nyenyak tidurnya. Di kala udara pun masih dingin sekali, bagai bisa menusuk sampai ke sum-sum. Tambah-tambah di luar sana, hujan sedang renyai-renyai membasahi bumi. Sesiapapun tak mahu berpisah daripada bantal dan tilam…Ya memang rasanya agak mustahil untuk dilaksanakan. Memang kalau ikut perasaan, elok saja ditarik semula selimut, ditutup lampu kembali, biar diri terus dibuai mimpi. Tetapi itu adalah kelakuan mereka yang tidak mampu mengawal diri, tiada ‘self-control’ dan juga tidak yakin dengan balasan serta ganjaran ALLAH SWT nanti.Sesungguhnya, diri akan terasa kosong dan tidak berguna sekiranya kita tidak melalui fasa-fasa yang sukar dalam hidup ini. Fasa-fasa yang susah tersebut dinamakan ujian.Hidup manusia yang tidak teruji adalah ibarat badan yang tidak ada ‘active immunity’.Bayi-bayi yang baru lahir, tubuh mereka masih belum ‘teruji’ dengan serangan pelbagai jenis virus dan bakteria yang mendatangkan penyakit. Jadi mereka perlu dibius dengan vaksin, iaitu virus ataupun bakteria yang sudah dilemahkan. Dengan suntikan vaksin, tubuh bayi akan bertindak balas dengan menghasilkan antibodi. Antibodi yang terhasil inilah yang kemudiannya akan melawan virus ataupun bakteria yang mampu mendatangkan penyakit pada tubuh pada bila-bila masa.Seperti vaksin, ujian dalam hidup juga penting dalam membina kekuatan diri, supaya apabila ditimpa ujian lagi, kita tak akan terus kecundang. Orang yang hidupnya tidak diuji sudah pasti akan lemah dan mungkin tersungkur apabila berhadapan dengan ujian.Orang yang tiada kekuatan diri juga akan begitu senang dijangkiti pelbagai ‘penyakit’. Penyakit hati, penyakit iman dan pelbagai jenis lagi, yang natijahnya, manusia itu tidak akan aman, tenang dan tenteram sebagai layaknya hidup seorang muslim yang teguh beriman.
Oleh yang demikian, kesukaran dan keberatan untuk bangkit daripada tidur yang amat menyenangkan di pagi hari adalah suatu bentuk ujian!Sudah menjadi lumrah ujian mestilah susah dan memeritkan! Tidak dinamakan ujian jika ia mudah dan boleh ditempuhi tanpa bersusah. Umpama untuk menggenggam segulung ijazah. Berapa banyak peperiksaan dan ujian yang terpaksa dilalui sebelum bergelar graduan??Namun di sebalik segala kesusahan serta keperitan, sesuatu ujian itu bukanlah sesuatu yang mustahil untuk dilaksanakan. Sekiranya sesuatu ujian itu mustahil, maka pasti tiada seorangpun yang mampu mengatasi.Apabila sudah difahami hakikat yang setiap ujian itu menyusahkan dan setiap ujian itu pula tidak mustahil untuk dilaksanakan, kita langsung sedar akan hikmah ALLAH merasakan hamba-hambaNya dengan segala bentuk ujian! Ianya tidak lain dan tidak bukan, supaya yang beriman terpisah daripada kelompok yang tidak beriman dan yang betul-betul beriman boleh dikenal pasti dan dibezakan di kalangan orang-orang yang lemah imannya.Justeru solat di awal pagi setiap hari, kira-kira sebaik sahaja kelihatan cahaya fajar menerjah alam dari ufuk Timur, juga sebahagian daripada ujian yang memeritkan sebagai cara menguji sejauh mana tahap keimanan seseorang! Hanya individu yang teguh imannya, gah keyakinannya kepada janji-janji ALLAH taala, akan terasa kuncup hatinya lantas bangun menyucikan diri demi kewajipan sujud ke hadrat Ilahi di waktu embun pagi masih lagi membelai bumi…Sebuah hadis riwayat Imam Ahmad, al-Nasa’i dan al-Darimi sebagai renungan kita bersama. Daripada Ubay bin Ka’ab r.a., beliau pernah berkata maksudnya:-“Pada suatu ketika Rasulullah SAW mengerjakan solat Subuh lalu baginda bertanya, “Apakah kamu menyaksikan si fulan mengerjakan solat?”. Mereka menjawab, “Tidak”. Baginda berkata lagi, “Si fulan?”. Mereka menjawab, “Tidak”. Baginda pun bersabda, “Sesungguhnya dua solat ini (Subuh dan Isyak) adalah solat yang amat memberatkan orang munafik. Sekiranya mereka mengetahui apa yang ada dalam solat Subuh dan Isyak, tentu mereka akan mendatanginya, sekalipun datang dengan merangkak.”Wallahualam. =)

Friday, February 5, 2010

MASA OH MASA..


Apabila bercakap tentang makna masa, saya percaya setiap orang mampu menjelaskan maksudnya. Malahan dengan pelbagai istilah dan frasa, mereka begitu yakin itu adalah definisi yang sebetulnya. Walau bagaimanapun saya kurang yakin bahawa, apabila berbicara tentang penggunaan masa, semua daripada kita benar-benar tahu bagaimana caranya, apatah lagi kaedah mempraktikkan ia dalam hidup seharian.


Sebagai muslim, kita diterangkan cara-cara menggunakan masa mengikut jalan yang diredhai ALLAH SWT. Dalam al-Quran, surah al-Asr, ALLAH SWT telah berfirman maksudnya:-
‘Demi masa. Sesungguhnya manusia dalam kerugian. Melainkan orang-orang yang beriman dan beramal soleh serta saling berpesan agar menurut kebenaran dan berpesan agar bersabar’.


Banyak pengajaran yang dapat kita kumpulkan daripada surah sepanjang 3 ayat ini. Apa yang saya akan kongsikan secara ringkas di sini adalah daripada apa yang telah dibaca dan difahami daripada Tafsir al-Munir karangan Dr. Wahbah al-Zuhaily berkenaan surah al-Asr.

Apabila Pencipta yang Maha Agung bersumpah dengan masa, ini membuktikan bahawa masa itu sesuatu yang amat penting sekali kepada ciptaanNYA, ummat manusia. Oleh yang demikian, usah sesekali kita memandang enteng terhadap masa dan membenarkan ia berlalu begitu sahaja. Harus kita mengisi waktu yang ada, sejajar dengan apa yang ditunjukkan.


Kemudian, ALLAH menjelaskan bahawa manusia itu sebenarnya berada dalam keadaan yang merugikan. Ini sebenarnya sebagai satu peringatan keras kepada kita semua, bahawa detik-detik waktu dan saat-saat kelapangan yang kita miliki dalam usia kita di dunia ini, sesungguhnya mungkin sedang kita sia-siakan dengan melakukan perkara yang tidak akan membawa kesenangan serta kebaikan yang berkekalan dan hakiki untuk diri kita. Bahkan apabila disia-siakan masa ini, bukan setakat mendapat kerugian, kita juga akan ditimpa kehilangan, kebinasaan dan kecelakaan.


Muslim yang sejati meyakini bahawa manusia akan dibangkitkan semula di hadapan ALLAH di akhirat kelak untuk penghakiman amalan hidup di dunia. Salah satu yang akan dipersoalkan adalah ke mana kita menghabiskan usia yang dikurniakan ALLAH. Masa yang diperuntukkan untuk kita di masa muda juga nanti dipertanggungjawabkan di hadapan ALLAH. Justeru kita sewajarnya bersikap hati-hati dan memandang berat dengan setiap apa yang kita lakukan dengan masa yang ALLAH bekalkan untuk kita ini, supaya apabila tiba harinya nanti, kita tak tergolong dalam manusia yang kerugian.


Meskipun begitu, masih ada pengecualian di kalangan hamba-hambaNya. Kelak mereka ini tidak akan tergolong dalam kelompok manusia yang rugi, malahan dijanjikan untung yang amat besar berupa nikmat dan rahmat ALLAH di kala manusia-manusia lain begitu mendambakannya. Apakah ciri-ciri mereka yang mendapat keuntungan? Inilah yang seterusnya diperjelaskan oleh ALLAH dalam ayat ke-3 surah Al-Asr. Terdapat empat ciri manusia yang tidak akan rugi, yang telah dinyatakan dalam ayat tersebut:-

1. Orang yang beriman
2. Orang yang beramal soleh
3. Orang yang berpesan-pesan agar mengikuti kebenaran
4. Orang yang berpesan-pesan agar bersabar (menghadapi halangan)


Bagi orang yang beriman dan melakukan amal soleh mereka akan beruntung kerana kesibukan menguruskan dunia tidak menjadikan mereka lalai daripada menunaikan tanggungjawab akhirat. Hati nurani mereka penuh keimanan, manakala pancaindera mereka membuktikannya dengan amalan.


Begitu jualah, orang yang sentiasa memberikan nasihat kepada orang lain dengan perkara yang memang pasti tidak dapat dinafikan lagi iaitu beriman kepada ALLAH dan mengesakanNya, melaksanakan apa yang diperintahkan dan menjauhi apa yang ditegah olehNya. Juga merangkumi semua kebaikan dan setiap perkara baik yang wajib dilakukan oleh seseorang. Inilah ia, berpesan-pesan ke arah kebenaran.

Orang yang berpesan-pesan agar bersabar di atas kewajipan-kewajipan yang ditentukan oleh ALLAH dan menjauhi maksiat serta bersabar di atas ketentuan ALLAH serta malapetaka yang menimpa, juga bakal terpisah daripada orang-orang yang dalam kerugian. Termasuklah jua memberikan nasihat supaya bersabar kepada orang yang sedang menghadapi karenah individu ataupun kumpulan yang diajak melakukan amar makruf dan dilarang daripada melakukan kemungkaran. InsyaALLAH dengan saling memberikan nasihat ke arah kesabaran ini, kita tidak termasuk golongan yang rugi.

Jadi, sebagai muslim yang sentiasa inginkan hari yang bakal ditempuh adalah lebih baik daripada hari yang sedang dan telah dilalui, kita semestinya sentiasa melakukan muhasabah dan semakan kendiri agar apa saja yang dilakukan tidak meletakkan kita dalam golongan yang mendapat kerugian kelak.


Suka untuk menambah tentang surah al-Asr ini, Imam Shafi’i ada berkata:
‘Kalau orang ramai merenung dan mengambil pakai surah inipun sudah memadai bagi mereka’.


Oleh itu renung-renung dan amal-amalkanlah nasihat dan iktibar yang terdapat dalam surah al-Asr. Semoga dengan menjadikan ia sebagai pedoman hidup, kita dapat senantiasa menambah baik kualiti muslim pada diri kita ke arah mempersiapkan diri untuk dihisab di depan Robbul Jalil nanti. Wallahualam. =))